Ya Cik Munah..ya Pakcik Saadom..saya tau
blog ini macam sarang lipas.
aku bukan seorang blogger bertauliah. hanya di sini bila sunyi yg amat menyelubungi diri.
hanya bunyi papan kekunci yg kedengaran malam ini.
sudah hampir 2 bulan aku di rumah.
tiada lagi bangun pagi melihat si anu 1 di katil.
tiada lagi melihat si anu 2 sedang pumping dalam diam.
tiada lagi melihat si anu 3 sedang melalak dalam bilik bila rumetnya tiada.
masing2 ada haluan sendiri.
kadang2 dibiarkan rahsia.
kadang2 diberitahu.
terpulanglah tuan punya badan.
aku menyepi di bilik.
seketika keluar mencari makan.
bukankah lebih baik aku habiskan masa bersama abah dan mak.
"Kau tu dah la 10 taun dok asrama/hostel"
apelah kiranya habiskan masa berbual bersama.
entahlah.
mungkin 10 minit masa habis di depan monitor ini ada baiknya jika aku habiskan
mengurut abah yg sakit kaki atau gurau senda ngn mak yg penat memasak hari-hari.
-
pelik.
ada ketika aku malas tuk melontarkan hujah atau berbual kosong dengan nukilan
yg maybe useless ini. tapi bila mula, banyak pula yg di taip. hehe.
adakah orang boleh berubah?
bila situasi di letakkan kepada orang yg jahat
: "Hey u know what people said, people dont really change..he's up to something..i can smell it.."
bila situasi di letakkan kepada kita yg kononnya menjadi mangsa
: " Dia dah berubah...aku benci dia...huh..macam orang cakap la..people change.."
konklusi?
kita melihat benda yg ingin kita lihat.
if the event suit u, then u will just quote mana2 yg kita sendiri mahu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
hidup kini berbeza.
semakin tua semakin berat terasa.
tanggungjawab yg sepatut nya ada.
aku mula perhati kiri dan kanan.
ada yg mula bekerja.
ada yg duduk di rumah saja (aku la tu)
ada pula yg poket sudah penuh berjuta-juta.
mana hala tujuku?
sudah ramai anak muda yg mengharumkan negara seusia 20 tahun++
aku sudah 22 tahun.
ada kau berbakti kepada negara?
ada kau berbakti kepada agama?
apa impak kau tiada di dunia?
menangiskah satu malaysia?
tidak perlu memandang jauh..
apa bakti kita kepada keluarga?
pada ibu bapa?
--------------------------------------------------------------------------------------------
Mak dan Abah..
berilah saya masa ya..
walau aku tahu masa itu sesuatu yg tidak mampu kita kawal
lajunya atau perlahannya dia.
tapi aku cuba..
cuma jgnlah terlalu berharap.
apa saja yg termampu.
p/s: Selamat maju jaya Safee Sali
Be Strong
Obat Pembesar Payudara Alami Herbal
9 years ago