Sunday, June 20, 2010

Tuesday, June 8, 2010

post bosan.

byk aku membaca blog kawan2..
ade yg bahasanya berpuitis.
ade yg terus menerus.lancang gamaknye.
ade yg indah susun bait katanya.

ade yg menyentuh isu agama
isu politik
isu lady gaga.
haha..

aku seorang yang flexible dalam mengadaptasi dengan persekitaran.
kalau mereka sedih.aku akan cuba menghiburkan.
kalau mereka semua tabah. tidak tahu mengapa aku akan menjadi lemah.
kalau mereka semua lemah. aku akan bangkit menjadi si badang.

impaknya?

aku kehilangan diri aku sebenar.
tidak tahu mahu takut atau berani.
mahu berani atau geli.
mahu terjun atau menggelabah, menjerit atau memaki.
menjadi si sopan atau samseng kampung,
menjadi payung atau bersembunyi dan terus berlari.

padaku hidup ini adalah seperti pentas lakonan.
apa saja watak boleh di mainkan.
tapi..jauh disudut hati..kita sendiri yang tau..
itu yang aku mahu..perasaan tahu.
perasaan..ini bukan aku..kerana aku akan bertindak sebegini..

perasaan yg jauh didalam

memerlukan lebih banyak doa untuk menembusi sepadan itu.
sepadan yg ku yakin akan kutemu aku di sebelah sana.





Be Strong.